Cik Gadis Cakap, Cinta Tu ...

mood : sedang menimba ilmu =.='

Cik gadis cakap, cinta tu ... 

1. BUTA

Diadaptasi daripada filem ibu mertuaku. Filem tu kan membuktikan yang cinta tu buta? Kasim Selamat kan membutakan matanya? Hehe ^^

Cinta itu buta sebab kita buta untuk melihat keburukan pada orang yang dicintai. Bak kata orang, kentut pun wangi (*muntah).

Cinta itu buta sebab kita buta untuk memilih orang yang mahu kita cintai. Biasanya si teruna sure pilih gadis idaman yang cantik luaran. Pilih yang dahi licin yang berkilau kalau kena pancaran matahari. Tak peduli pun kalau dalaman dia buruk.

2. MELIBATKAN SYAITAN

Cinta tu melibatkan syaitan sebab kalau dating berdua, mambang yang ke-3 sure lah syaitan (saya ingat ustat saya ajar ^^). Tu pasal selalu media massa, media elektronik mahupun media cetak memaparkan kes-kes jenayah buang bayi. Diorang yang buat kerja terkutuk ni mesti bercinta dengan syaitan kan?

3. MENYUSAHKAN, MENYAKITKAN

Cinta tu menyusahkan bila...

"Nak pergi mana-mana, bagitau lah kat I. I kan boyfriend U,"

"I ni girlfriend U, U just boleh cakap dengan I okay. Don't talk to any other girls !"

Cinta tu menyakitkan bila bercinta bagai Laila dan Majnun, bagai Romeo dan Juliet, tapi akhirnya berpisah. Alasan yang selalu kita dengar, hubungan sudah tiada kesefahaman. Berpisah lebih baik. Yang terlalu menyintai pasangannya tu sure nangis guling-guling lepas berpisah kan? 

4. INDAH

Ni untuk pasangan yang baru bercinta lah. Alam percitaan adalah sebuah alam yang sangat mengasyikkan. Terasa diri sangat dihargai. Perasaan halus yang mengalir dalam diri sangat mendamaikan. Kalau tak jumpa sehari, rindu menggunung tinggi macam gunung Everest.

5. PERLUKAN PENGORBANAN, KEPERCAYAAN

Ingat senang ke nak memberi sepenuh kepercayaan terhadap pasangan. Tambah-tambah lagi kalau berpasangan dengan yang kuat cemburu. Jumpa boyfriend dengan girl lain, terus kau maki hamun. Padahal girl tu klien dia. Dia tengan kerja lah. Kerja untuk kumpul duit nak kahwin dengan kau jugak.

"Cemburu tandanya sayang,"

Cinta tu sangat-sangat perlukan pengorbanan. Korban masa, tenaga dah harta buat pasangan. Especially yang dah kahwin. Mesti kena kerjasama menjana pendapatan untuk kebahagiaan rumahtangga. Kena saling membantu tak kira dalam senang atau susah.

Cinta jugak kekadang perlukan pengorbanan kalau nak korban sekor lembu bila kahwin ^^

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam
jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya, agar tidak
berpaling daripada
hatiMu...

p/s : cintailah yang Maha Menyintai ^^
prev
next

8 comments

  1. miss blossom : saya setuju ^^

    ReplyDelete
  2. Orang kata: Cinta itu buta
    Nasib baik kita tak teraba-raba
    Orang kata: Sakit jatuh cinta
    Sakit lagi bila jatuh tangga
    Betul tak

    ReplyDelete