Sedetik Bersama Mereka

5 Jan 2009

Hari pertama aku berada atas bumi SMK Ahmad Boestamam aka SMAB. Aku ni kira pelajar baru SMAB lah. Waktu tu aku Form4. Hari pertama tu, masuk perhimpunan, beratur dengan kawan aku (kat dewan). Nama dia Aimi. Dia memang sekolah kat sini sejak Form1 lagi. Time tu, naik berpeluh ketiak aku berdiri waktu perhimpunan. Punya lah padat dewan ni dengan pelajar-pelajar SMAB. Semua datang dengan semangat untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2009.

Dah habis nyanyi lagu Negaraku, OPOCOT ! 

Semua orang duduk dengan serta-merta (atas lantai ye). Memang aku terkejut. Kau bayangkan lah, emcee tak sempat cakap satu huruf pun apatah lagi nak benarkan duduk tapi semua orang terus duduk je lepas nyanyian lagu Negaraku. Ade la beberapa orang yang tak dapat duduk (dah tak muat) terpaksa buat barisan baru. Memang semua muka tebal terpaksa jalan 'catwalk' dari belakang ke depan pasal nak buat barisan baru tu.

"Memang dah jadi budaya kat SMAB ni macam ni,"-terang Aimi melihatkan aku yang tertanya-tanya.

Okay, aku anggap diorang duduk terus pasal takut tak dapat duduk kot. Maklumlah, hamba-hamba yang menghuni SMAB ni memang ramai tapi dewan nye memang kecik.

15 Jan 2009

Selama seminggu yang lepas, semua bebudak Form4 ada aktiviti orientasi. Aktiviti ni untuk memperkenalkan kami tentang subjek-subjek yang ada diajar di SMAB. Hari ni pulak hari pembahagian kelas. Disebabkan result PMR aku agak bagus (7A2B), aku masuk kelas 4RK. Kira kelas yang dihuni bebudak pandai lah (bagitau dengan bangga ^^). Hari pertama masuk kelas, mestilah buat lantikan AJK-AJK kelas.

Seingat masa tu, Taufiq dilantik jadi ketua kelas manakala Azizah dilantik jadi penolongnya. Selepas beberapa hari atau minggu atau bulan (tak ingat) bebudak kelas aku ramai yang dapat tawaran pergi SBP, MRSM dan sewaktu dengannya. Maklumlah, kelas bebudak pandai (nak mention lagi ni =.='). Ramai lah yang terima tawaran dan berpindah. Salah seorang yang berpindah ialah Azizah, si penolong ketua kelas tu. So, jawatan tu kosong lah. Teringin pulak aku nak lantik diri sendiri tapi tak jadi lah pasal aku budak baru. Haha. Lastly, Atikah yang menggantikan Azizah.

Sedetik Bersama Mereka
*Taufiq dan Atikah

Tapi serius aku cakap, bebudak lelaki tinggal tak sampai 10 orang pun lepas bebudak yang dapat tawaran berpindah. Hah, memang sah nak pupus lah kaum Adam ni kan.

4 Jan 2010

Oh mak kau ! Dah 2010? Dah Form5 dah aku ni. Dah nak habis sekolah dah. Haha. Cepat betul masa berlalu kan. 

Bebudak kelas aku dah start rajin. Even bebudak lelaki pun dah kurang main-main dah. Semua pakat nak struggle SPM. Yelah, penentu masa depan. Lagipun kitorang lah harapan cikgu-cikgu (*bangga).

26 Okt 2010

Hari Graduasi. Hari ni, bebudak Form5 SMAB dapat sijil berhenti sekolah. Memang buat macam graduasi peringkat universiti lah just tak pakai baju konvo tu je. Takde siapa nak jahit. Haha. Majlis Graduasi tersebut berlangsung pada pukul 2 ptg. Agak lama jugak lah majlis tu berlangsung pasal setiap pelajar naik pentas ambik sijil berhenti sekolah masing-masing. Takde yang terkecuali.

Sedetik Bersama Mereka
*pelajar 5RK pada majlis graduasi

23 Nov 2010 - 9 Dis 2010

"Goodluck ye korang. Aku doa kan kita semua dapat straight A's,"

"Buat exam elok-elok weh. Ni penentu hidup ni,"

SPM ^^

18 Dis 2010

"Lah, baru je habis SPM dah nak buat reunion?"-umi aku bising-bising.

Well, hari ni kitorang bebudak 5RK buat reunion kat KFC Lumut. Tak ramai pun yang datang. Tapi meriah lah jugak pasal kitorang main game. Alah, game kotak beracun tu. Tapi kitorang ubah sikit lah. Mula-mula suruh sorang cabut nama. Nama yang bertuah tu kena buat something macam yang tertulis kat kertas yang diorang kena tu. Erk, faham tak? Buat-buat faham je lah ye. Antara mangsa,

Azizi-buat gaya model
Atikah-nyanyi sebuah lagu
Taufik-buat flying kiss kat seorang rakan perempuan
Danial-buat gaya orang utan
Amirul-buat gaya orang gila
Hanis-katakan 'saya sayang awak' kat seorang rakan lelaki
Lailatul-pergi dekat tiang, peluk dan ciumnya

Sedetik Bersama Mereka
*antara yang datang 

Herm sesungguhnya, aku tak kan lupa kan mereka. Mereka yang mengajar aku erti persahabatan, erti percintaan monyet, erti bergaduh, dan macam-macam lagi. Aku sangat sayang pada mereka. Isk3. Sob3. Sedih lah pulak bila nak berpisah dengan diorang ni. Dulu tak sabar sangat nak habis sekolah, sekarang rasa nak sekolah balik pulak. Padan muka aku.

5RK

- Taufiq, Amir, Danial, Azizi, Amirul, Raja, Avinash, Halim

-Atikah, Najwa, Hasmiza, Anis, Nadhirah, Huda, Atifah, Akma, Aliah, Sayyidah, Syafiqah, Anisah, Shahirah, Azlin, Wani, Khartini, Afiqah, Rabiatul, Farisya, Mahirah, Saidatun, Dayana

p/s : Korang mesti pernah/akan merasainya kan?
prev
next

4 comments

  1. waa, nice blog okey ><
    follow ya..

    ReplyDelete
  2. huhuu tao tape .
    mmg wndu skola ! ^^

    ReplyDelete
  3. cinta monyet? tetibe aku teringat kau balik ikut laki tuuu HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete