23 Nov 2010 - 8 Dis 2010 ..
Tarikh di atas merupakan tarikh penting buat aku selama aku hidup 17 tahun ni. Tarikh SPM la. Tarikh ape lagi. Bermula 17 Nov 2010, pelajar-pelajar SMK Ahmad Boestamam a.k.a sekolah aku start susun meja untuk SPM minggu berikutnya. Hari tu jugak hari kami (pelajar-pelajar Tingktan 5) memohon restu dan maaf daripada guru-guru. Almaklumlah, nak SPM kena lah mintak berkat. Kot-kot pernah sakit kan hati cikgu ke. Nanti kalau tak mintak maaf takot tak boleh jawab exam pulak. Kan naya tu? Ini antara gambar-gambar pada hari tersebut.
Gaya macam dah habis SPM je kan? Siap tangkap gambar dengan cikgu pulak tu. Haha.
Ni meja aku. Strategik tak?
Inilah antara rupa pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM. Muka ceria je padahal dalam hati tengah cuak. Haha. Tarikh kat kamera tu tak betul, so tak payah lah korang nak rasa pelik. Selepas hampir sebulan bertungkus-lumus mengadap buku dan memerah otak, akhirnya kitorang dah merdeka hari ni (bagi budak-budak kelas sains la).
Ni pulak antara aksi-aksi bebudak tengah SPM.
Ni pulak dah habis SPM ^^
koleksi kertas SPM 2010
koleksi kertas SPM 2010
Yang gambar paling bawah tu kertas exam aku bila banyak masa terluang. Menyonteng lah kerja aku. Ape lagi kan. Haha. Selamat tinggal zaman persekolahan !
p/s : Credit to Nita Rosli. Sorry Nita, curik gambar =))
Gambaq paksu pi ambil lepas SPM tak de..
ReplyDeletezaman pksu tade kamera ,hahaa
ReplyDelete