Selalunya dalam group whatsapp member yang rapat rapat, kekadang dalam sebulan sekali mesti keluar topik travelling. Plan nak ke travel Asia lah, Europe lah, dengan member member sebelum kahwin. And finally, the first ever trip dengan member aku was last week, pergi Penang. Okayla for a start kan, local je. And bertiga je, dengan Muni dan Am. Sedih, sebab perancangan awal actually berlima tapi the other two tetiba stuck dengan kerja. Demm your boss. Haha.
Kerja hari Jumaat tu aku memang dah tak senang duduk. Tak sabar gila nak gerak Penang, mood vacation tu dah menghantui malam sebelum lagi. So last last ambik keputusan untuk half day je. Nasib baik ofis aku pun senang je nak bagi leave yang secara mengejut. So by 3.00pm aku dah gerak, drive dari Kangar, Perlis ke Georgetown, Penang. 2 jam setengah perjalanan sampai ke hotel, 56 Red Inn dekat Love Lane. Ni first time jugak aku stay jenis hotel budget macam ni, just rm30 per bed untuk satu malam. Kitorang ambik dua malam.
Sampai hotel pon dah 5.30pm so just rilek rilek kat hotel then kitorang gerak ke Gurney Paragon Mall untuk dinner dan tengok movie Deadpool. Oh, Deadpool was fun because of the funny scenes tapi bagi aku, overall jalan cerita just so so la. Takley lawan Avengers.
Pagi esoknya, liat jugakla memasing nak bagun last last gerak dalam pukul 10.30am. Kitorang gerak Bayan Lepas, cari tiket bas untuk Muni then gerak Kapitan untuk breakfast. Harapan nak makan briyani claypot tinggal harapan sebab katanya tak siap lagi. Roti pon dah habes sebab dah lewat. Kecewa. And aku pun baru tau yang kedai mamak kat Penang ni kalau lepas 10.00am memang roti dah habes. Kalau kat tempat lain 24jam ade roti so kejutan budaya jugak la masa tu. Takde pilihan lain, makan nasi kandar je pagi tu. Bagus jugak sebab tahan kenyang sampai petang.
Lepas breakfast, kitorang gerak Bukit Bendera. Eksaited jugak aku sebab tak pernah pergi. Dalam sejam lebih jugak perjalanan ke Bukit Bendera sebab salah jalan. Naik Bukit Bendera pakai train dia, murah rm6 je. Lain kali nak try naik pakai kaki. Lain kali la.
*info on Bukit Bendera klik SINI
*ni paling eksaited nak tengok, fefeeling kat Korea gituw
*aiskrim+fruits sumpah sedap rm20
Lama jugak la lepak Bukit Bendera dalam pukul 2.00pm baru turun. Then terus gerak ke Batu Feringgi. Lepak Batu Feringgi sampai petang, just rilek rilek usha six packs and main frisbee. Nak balik Georgetown petang tu, ingatkan nak makan kat Esplanade so terus gerak ke Esplanade then stucked dalam jammed. Lama gila nak dekat sejam jugak stucked sebab rupanya ada event Chinese New Year malam tu. So kitorg patah balik, parking kat hotel je and jalan kaki ke Esplanade. Dinner dan jalan jalan dekat event CNY tu. Interesting sebab first time pergi event CNY, kat Penang pulak tu which is memang tempat yang meriah kalau sambut CNY.
*mee sotong, Am cakap specialty kat sini and yep memang sedap !
*CNY lanterns yang lawa gila !
Penat jalan kaki and thought that we have to try one of those hipster cafe yang ade along the street so we decided untuk supper kat Wheeler's coffee.
Rasa macam cepat gila masa berlalu, the next morning kitorang check out dalam pukul 11.00am, breakfast kat Kapitan Georgetown pulak. Luckily dapat try briyani claypot tapi Muni kecewa sebab dah takde roti. Lepas breakfast, kitorang just jalan kaki along Armenian street and ke Chew Jetty.
*info on Chew Jetty klik SINI
Before balik, again lepak one of the hipster cafe, Awesome Canteen at Sekeping Victoria. Sumpah in love dengan cafe ni punya interior. Drinks pon sedap sedap. Lepak, borak dalam sejam dua then gerak ke jeti hantar Am dan ke bus station hantar Muni dan gerak balik Kangar. Mood sedih berpisah pun on. Jumpa next trip okay gaiss !
p/s : The next day kat ofis lemau gila dekat dua hari jugak la baru boleh move on.
Gambar cantik-cantik, best pegi dengan kawan-kawan ni kan..suka pic love tu :)
ReplyDeletenampak mcm sng je korang plan travel..jelessss....haha btw nice place nice view....and BESTTT...
ReplyDeletehuwaaaaa untungla pergi dgn kereta drive pulak tu. haritu naik bas je kut hm apepontakboley~~ huhuhu. tapi taktahu pulak ada armenian street, sekeping victoria bagai nih hahahah nampaknya kena pergi lagi ni. hihik. tp Penang mmg best! rasa la mood vacation tu wlpun dia pun malaysia jugak, betul tak :D
ReplyDeletebestnyaa! yg belajar penang ni pun ha tak sempat lagi nak pergi:(
ReplyDeletefuyooo.. orang yg dok kt penang pun xdpt nak jalan2 mcmni...
ReplyDelete3d museum, toy museum, food museum, cat museum, wax museum, lorong2 belakang yg ada mural semua pun tak pernah pegi lagi...
luls
alahaiii bestnya :( bila la dapat pergi vacation macamni. haha
ReplyDeletehttp://memoirsimanis.blogspot.my/2016/03/fa-ta-ha-al-fath.html